Thursday, November 25, 2010

Mencari Jodoh.....

oohhh mama..saya mahu kawin..
  kawin dengan siapa?..dengan siapa saja....

hahha.den sajo mulekan dengan lagu itu.ngeh3..biasew dengarkan?hihihih..

haaa..kali ne den nk mengarut pasal soal jodoh.cinto manusiee..biaso la...Den berpengalaman yang agak luas gak dalam bidang ne..(konon2 jek..hihihi)Mule-mule den belaja bab jodoh ne maso tingkatan 2.Yelah mase ne la otak den baru upgred lua biase.Baru la nk pikir mase depan ke apa kew.Klo tak asik main-main jek lagi..hhohoho...Alhamdulillah....Walaupun lambat upgred.Tapi Allah bagi memang terbaik..Syukur2...ok..kembali den pada topik den semula...

Dalam bab jodoh ne..den suke nak bagi pengkelasan.(ado ko istilah ne?)Sebab ikot pengalaman den la banyok jenis2 cinto ne...yela cinto pun mengalami variasi pado setiap zaman.huh...berubah-rubah la katerkan.so den kelaskan mengikot sesuka hati den.hihihih..
Antarenye:-

1.Cinta monyet...
  Haa..Cinto ne memang dikaitkan dengan orang2 muder.Ye la.Baru akil baligh la katerkan..Penyakit gatal da mule kua simtomnye..Majoriti manusio ialah diperingkat sekola.Hah klo korang update la ado kisah budak sekolah rendah ngorat cikgu die..parah3....hahahha.Anok sape la tu.Jangan lew anak den jadi rupe itu.Na'uzubillah..
 Kalau dulu la biasenye pakai surat.Cara tradisional lg...mule-mule biodata,pas 2 surat perkenalan  than surat-surat.Hah time macam ne la budak-budak ne cukup pandai nk buat pantun.pecah kace pacah gelas lepas bace sila balas.macam-macam pantun terhasil time-time cinter monyet ne.hahahhaha.(Bapak den cikgu disiplin,rajin gak den bace note2 yg disita ne.hihihih.)
  Tapi mengikot pandangan den la.Cinta monyet ne la yang paling persen nak bertahan xder.Ikot pengalaman den sewaktu itu mungkin 99.99% akan x berkesudahan dengan baik.Habis sekola setiap taun tuka lagi cintun dengan orang len.
  Tapi budak-budak sekola sekarang da len kot.SMS,email,3G semua ade.jangan kater setiap bulan bertukar cinton setiap bulan pun boleh lorrr...rosak-rosak.
  Den cadangkan mak bapak skung ne keluarkan la fatwa pengharaman bercinton semasa berlajaq kepada anak-anak.Macam bapak den buat.(pastikan mak bapak jangan lew tergolong dari spesis x solat.bak kater orang ciner xdak ong lorr itu anak. )Insyaallah anak-anak anda akan terselamat dari masalah-masalah berkaitan cinton-cinton ini.(maner xtumpaknye kuah klo x ke lantai.hati2 ya...).So kalo peringkat umoq anak-anak masih sekola ne.Jage elok-elok yeeerrr..
*semoga Allah jadikan zuriat-zuriatku hamba yang soleh dan solehah serta Taat dan taqwa pada MU ya Allah..

2.Cinta kontrak.
   Dalam kelas yang ne pulak biasenye melibatkan aspek meterial.Tempoh masa,jarak dan kepala otak yang agak singkat pemikiranyer.Biasenye perempuan la yang jadi mangse.Laki pun ader gak tetapi nisbahnyer tak la besar sangat.Bukan la cinter ne diatas dasar cinta.But cinta 2 no 3 4 5.yang utama ialah sumber untuk dimanipulasikan...jeng3...Ramai la kawan yang bertanye,mintak pendapat.Tapi nak buat macam maner CINTA ITU BUTA.ha kompem ader harapan nak buta hati gak.Kalau ader puak-puak yang macam ne datang mintak nasihat.Bagi jek nasihat berserta pakej brainwash.Lepas tu lantakkan jek.Klo yang takmo ikot tu tandernyer da bute hati.Bacekan yasin pun amat tipis harapan nak berubah.(Ter-emo lak den.hihiihihi...)
   Kalau ikot pandangan den golongan mahasiswa yang paling banyak,diikuti dengan pekerja kilang,pekerja ladang,buruh binaan,mat2 bangla.senang citer kebanyakannye yang serbe  xcukup!!ala klo da dasar hilang syukur 2 2K sebulan pun xcukup..betul x?Dan antara pelaku pelakunya ialah menusia yang serba serbi xcukup nilainya;Elaun tak cukup,nak bayo hutang,tak cukup kasih sayang dll...Dan mangsa-mangsa yang dikenal pasti menpunyai ciri;pak sanggup,orang yang rela mendokong biawak hidup,baik tak bertempat dsb.Mangse-mangse ini sangat sengal kerana sanggup menjadi pak turut kepada orang yang dicintainya.Duit lebih rela dibagi kepada si pencinta dari diberi kat tabung mesjid setiap hari.Kepala dan otaknya lebih memerah memikirkan si pencintanya dari orang-orang disekalilingnya.emm banyak lagi yang dibazirkan atas dasar cinta oleh peserta-peserta yang terlibat dengan cinta kontrak ne.(ne baru bab duit,bab seks,bab dendam den tak tulis,korang usha  dan pikiaq la sendiri.)
  Apabila sumber duit dah kering, si pencinta dah mula jemu dan "kontrak" kelihatan mula goyah,
maka kontrak pun berakhir dengan clash.So si pecinta akam mencari "cinta baru" dan si mangsa akan mengalami perubahan.Ada yang bertukar menjadi pemangsa,ada yang menjadi les,ada yang menjadi gay,ada yang bunuh diri dsbnyerrrr...Pesan DEN if U got in LOVE hati-hatilah.JANGAN sampai BUTA HATI!!...


3.cinta yang terdesak.
emmm..Cinta yang terdesak.hah yang ne banyak faktornya.Biosonye penghidap-penghidapnyer dikalangan orang yang lanjut usia.Bukan la den maksudkan hanya orang-orang yang takde pasangan hidup smpai ke tua.Banyak peringkat dan aspek penyebab wujudnyer cinta spesis ne..hehhe...kalau peringkat mude biasenye melibatkan orang yang kurang keyakinan pada diri.Berasa diri kurang pakej untuk menjadi terlaris di hati pecinte.hah!Dasar takder self motivation la tu..."emm..dia nak kat aku,tak payah la memilih da la susah nak dapat....."
"aku pun bukan lawa@kacak sangat nak cari yang cantik@segak."So asal ader yang "carering" seket,jadila... Dan faktor yang lain pula ialah ketiadan pasangan or baru putus cinta untuk suatu tempuh.Yang ne den boleh buktikan secara teroi.Ekau try la klo xcayer..hehhehe...dalam bahase kasarnyer terdesak dek keseorangan setelah ditinggalkan..malas den nak ulas yang ne.BUang karen jek...

kesimpulan pengarutan den.
Den memang menolak percintaan sebelum pernikahan.Dari pengalaman den sendiri,dari pengamatan kisah-kisah dan hidup semasa bergelar pelajar.Sememangnya percintaan  sebelum pernikahan majoritinya berakhir dengan kegagalan.Terutamanya golongan yang masih mudaa lagi sedang berlajar.Bukan den menolak fitrah.Tetapi den tidak suka terhadap fitrah yang tidak dipimpin dengan baik.Bagi yang jernih otak mungkin bersetuju dengan den.Percintaan sebelom pernikahan mengundang 1001 keburukan.Baik dari faktor sosial dan agama.Betul x?
   Nasihat dari orang-orang tua.Kalau betul nak bercinta jangan bertangguh untuk berumah tangga.
Duit boleh kewteam,kerja boleh cari.Tapi kalau bercinta separuh jaln banyak yang dirugikan.Masa,emosiduit..Dll.....Kepada yang masih muda.Gune mase muda sebaiknya.waktu bujang ne la nak merantau,nak cari ilmu,nak jelajah "isi dunia".So gunelah umur 2 semaksimum mungkin.
   kalau betul hajat dihati nak berkahwin tapi pasangan takde lagi,duit tak cukup lagi.Boleh lah gune teknik sepupu den ne.

1.Tanam niat sekuat-kuatnya dalam hati untuk bernikah.(buat time freme)
2.Rajin2 bermunajat pada Allah.
3.Yakin bahawa jodoh anda sememangnya telah ditulis.
4.Dapatkan khidmat mak ayah dalam pencarian.(redha Allah bersama redha 2 orang tua)
5.Buat persediaan pada diri untuk naik pangkat sebagai suami n seorang ayah.(Klo tak layak Allah tak bagi..)cth:ilmu,simpanan,sikap dll.

Itu la nasihat sepupu den.Tak rugu cuba,Tak salah pun nasihat 2..heheheh..

Semoga Allah memudahkan kita pada setiap urusan.Moga kita sentiasa mendapat taufiq dan hidayah nya pad setiap nafas,setiap detik,setiap waktu dan ketika.
  

Thursday, November 18, 2010

Aidil adha:Menikmati nilai PENGORBANAN

Selamat menyambut hari raya korban....

        Bersempena hari raya ne den mengucapkan selamat meraikan hari raya kepada ahli keluarga den,dulur-dulur den,kawan-kawan dan yang dihormati warga seperguruan den.Moga kita sama dapat memanfaatkan iktibar dari ibadah korban yang diadakan.Sebelum den memulakan kisah si tukang karut.Elok kiranya kita sama-sama membenamkan rasa syukur di dasar hati kita kepada Tuan empunya Alam.Tanpa Dia tiadalah kita.

      PENGORBANAN;suatu istilah pendek yang besar nilai dan maknanya.Mungkin ada lebih tahu untuk mentafsirkan istilah ini.Pengalaman hidup,kisah yang di lalui,pandangan dari pemerhatian serta perkongsian kisah manusia dalam kehidupan menjadi "jalan cerita" mengajar kita tentang pengorbanan.Berkorban,terkorban dan mengorbankan.Dimana kita letakkan diri kita.Menjadi orang yang berkorban,terkorban atau mengorbankan orang lain.aha penin suda..hehehehhe...

       Hari raya aidil adha tidak boleh dipisahkan dengan cerita berkaitan sirah Nabi Adam A.S, Nabi Ismail A.S dan Siti Hajar ibu yang mulia.Sejauh mana kisah ini menjadi slot iktibar kepada kita dalam kita meniti atau mengenal nilai pengorbanan dalam kehidupan.Antara kasih sayang manusia dan kecintaan serta ketaatan Kepada Allah yang mencipta.Kepada yang meneliti kisah ini mengkin ada yang dapat mencerna keindahan Nabi adam dalam mentaati Allah tanpa mengorbankan(menafikan) kasih sayangnya kepada keluarga.
       Bagaimana Nabi ismail mentaati perintah Allah tanpa merosakkan kasih sayangnya kepada ayahanda dan bondanya.Bagaimana Siti Hajar mentaati Allah dalam tanpa hilang rasa kasih sayang kepada Anak dan suaminya.Kuncinya adalah IMAN dan TAQWA.TAAT tanpa syarat dan dalih. Nabi Adam tanpa ragu melaksanakan perintah Allah melakukannya penuh kasih sayang kerana beliau Yakin tanpa ragu akan Kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya.Ismail dengan penuh rela dan sedar ketaatan ayahandanya melaksanakan perintah Allah merupakan tanda cinta dan kasih pada dirinya jua.Manakan tidak dirinya menjadi "medium" untuk Ayahnya yang tercinta melaksanakan perintah Allah.Siti Hajar penuh tabah tanpa tercalar sedikit pun nilai kasih sayang,rela redha dan sangat bangga dengan pengorban si ayah dan anaknya.      
         Mungkin den tidak pandai mencoretkan kisah indah ini untuk tatapan pembaca.Dan para pembaca juga lebih bijak mencerna segala nilai dari kisah ini.Namun apa yang dapat saya kongsikan ialah makna pengorbanan dari kaca mata saya.Pengorbanan tanpa merasakan kerugian,kekurangan dan kehilangan dengan penuh rela,redha serta bahagia.Inilah yang dimiliki oleh insan yang hatinya terlimpah dengan ketaatan,kecintaan dan taqwa kepada Yang Mencipta.Mari sama-sama kita melihat ke dasar diri dimana level pengorbanan kita sebagai seorang insan dan hamba yang akan kembali kepada Tuhan yang mencipta.....

bersambung lagii...






Durhakanya AKU

Meniti hidup penuh warna warni.Dosa pahala beriring,halal haram tersaji.sudah pasti ada yang terkesan,terpalit mungkin terjerumus.Jika yang baik alhamdulillah,kalau sebaliknya.Na'uzubillah.
Emmm...Dalam langkah seharian sudah pasti kita alpa dengan Durhaka yang tersirat."Uihh...sedap mulut kamo je cakap macam 2."hehhee. den memang suke cakap lepas.Kalau benar terima,kalau batil sanggah.Tak semestinye den selalu betul.hihiihi..Aku juga manuisa..bukan malaikat...kan3x..

Dimana silapnya.......

"sop,25hb dah ne..heheheh....gaji da masuk.Jom la kite pegi jalan-jalan.Rehat sikit..asik fokus kerje je.Kerje sampai nak mati pun takkan sudah.."
    Dollah masih berkerut dahi.Walau slip gajinya mencecah 2K."yela ko boleh la,bujang lagi.Aku ne dah berkeluarga,ade anak,ada isteri,kene bayar kereta,rumah,bil-bil,mane cukup  aku nak pegi jalan."keluh dollah panjang.
Sop bermonolag."Eh macam mane la kalau aku dah berkeluarge nanti".
     Dollah menyambung. "Bukan senang sob banyak yang nak difikirkan.
Sop cuba menjernihkan"emm.Bujang pun susah jugak.Semua nak kene buat sendiri,balik rumah sunyi,makan sendirian je.Bosan dollah oii..Kau untung la makan ade yang jaga,meriah rumah ade anak-anak.sekurang-kurangnye hilang letih tekanan ko kerje."
"Pandai pun ko.Nikah la cepat,nanti ko rase la."Dollah senyum sinis.

Walaupun dialog itu sekadar rekaan.Bagi den ia dapat menggambarkan realiti yang berlaku,cuma mungkin situasinya berbeza.Pelajar dengan kehidupan kampusnya,menteri dengan urus tadbirnya, petani dengan kehidupan luar bandar.Macam yang mempengaruhi.

Dalam senang tanpa kita sedar,kita masih lagi mengganggap kesenangan atau nikamat itu sebagai kesusahan,beban,merimaskan,tekanan.Betul tak?!Dalam bahasa fekahnya KUFUR!.jeng3...
Banyak mengeluh dari syukurnya,banyak komplen dari redhonya.

1.Ada pendapatan tetap,tepati masih lagi rasa tak cukup.(sampai mati pun tak cukup beb.)
2.Ada anak rasa terbeban dek nakalnya.(setaun ke setaun tambah.heheh)
3.Ada rumah,kereta,sofa tertekan nak membayarnya.(Xnak kalah dengan jiran.kuang3)

Jom la kita nilai balik.Banyakkan.....?yang kita dustakan.hmmm....Den pun sama..Kita serupa.Mau tak mau mesti ada situasi atau rasa itu terdetik.

    Hidup penuh nikmat...Bangun pagi ada air...Sarapan yang enak...Baju yang sedia dipakai..Bergerak tidak perlu berjalan kaki atau berkerusi roda.Walau sengkek dihujung bulan,ada gak duit tak menjadi masalah...Semua serba ada.makan ada,minun tak susah.semua seba-serbi adakan?Akan tetapi ada sesuatu yang tidak cukup.penyakit hilang "rasa mencukupi".Penyakit yang dihadapi oleh majoriti manusia.walau bengkak didahi,(xda kaitan dengan sapa2.hihih)
 
Nasihat orang lama:-

1. Pemberi dan yang diberi.

Kita mungkin pernah mendengar kata-kata ini "lihatlah siapa yang memberi.Bukan apa yang diberi.Nescaya kamu lebih bijak berterima kasih"(uiihhh..ciplak ayat orang kew?ahhahah)
Kalau kita "melihat" Yang Maha Memberi,sudah pasti kita merasakan bahawa ia adalah satu hadiah atau anugerah yang sangat bernilai atau tidak ternilai.Betul tak?
          Ok..kita bawakan teori ini ke dimensi makhluk.Seorang mendapat sesuatu hadiah dari orang lain.Jika dia melihat hadiah tersebut sudah pasti ia akan meletakkan hadiah tersebut dengan suatu nilai.Pasti hadiah tadi menjadi tidak bernilai,ini kerana ia telah di ikat dengan nilai; harganya,saiznya, cantiknya dll."hek elle bungkus bagai nak rak.coklat jek,waduh jam pasar malam je ne.ak pun buleh nak beli."(ha penah x tercetus dialog mcm ne dalam kepala otak kite?hehheheh).Tetapi jika dia meletakkan nilai hadiah tersebut pada si pemberi,hadiah tersebut akan menjadi tidak ternilai.Hatta hadiah tu pemadam pensil berbungkus kotak kasut DR.Cardin. hahhaha..."ish..Fatimah bagi hadiah kat aku.Syok aku woii."Bukak2 pemadam!!.haa mau tak spoil rase gumbira tadi.Agak2 macam mana?hihiih...
        Nah jangan meletakkan nilai kepada sesuatu yang tak ternilai.Begitu juga dalam hubungan kita kepada Allah.Allah bagi kita secukupnya.sesuai dengan apa yang kita mampu.Selayaknya dengan apa yang kita usahakan.betul?kan3..hehehhe..
     

2. Terima apa seadanya.

Kalau den banyak persoalan terbuku didada.Den suke mencari orang yang mampu memberikan "jawapan".Salah seorangnye Tok Usup Janggut (TUJ).Gelaran orang kampung la tu...Tak komersil sikitkan?.haha...Tapi bile die sebut macam ade tersirat jek ketokohan disebalik name tu.50an oarangnye.Den suke dengao die sembang.tegur pedas beralas.Nasihat kias bersaji.hahhah.Orang lama.Tak macam den.Orang mude (konon-konon hensem.)Sudah-sudah.Kembali pada topik.ngeh3..

Antara yang den suke sangat ayat-ayat cinta TUJ ialah "yang belum kamu tau jangan difikirkan."
"Biar berfikir,Jangan difikir"(yang ne den blm jmpe yg tersirat)."ape yang ko pikir sampai susah-susah hati jadinye."tak pe den ingat pelan-pelan nasihat Orang Lama ne.Aagak susah den nak ingat sebab die Ngomong jowo la...heheheh...

BERSAMBUNG............

 okey den sambung pengaruten den..hihihih....
Antara intipati pesanan ayat-cinta TUJ itu den simpulkan la...Sekiranya kita mempunyai sesuatu yang telah dimiliki,jangan fikirkan perkara yang belum kita miliki..senang citer la..kalau gaji enta-enta semua 2K jangan berfikir seperti gaji anda 3K.Berfikirlah seperti orang yang berpendapatan 2K saja.Secara tidak langsung kita tidak terbeban untuk memiliki sesuatu yang diluar pendapatan,akan tetapi dapat memaksimumkan jumlah 2K tersebut dengan sebaik mungin.
So rasa mencukupi itu akan timbul dan dapat mengikis kekufuran yang semakin bertitik dihati.....
Sama la dengan masalah-masalah lain.Ada kalanya kita terlaku memerah otak yang diketahui memerlukan sejumlah tenaga yang banyak.Walhal apa yang difikirkan itu diluar kemampuan kita untuk dilakukan,dimiliki dsb...


Bismillahirrohmanirrohim.....
Ya ILAHI,Ya HAYYU,Ya Qayyum,Ya Rabbal alamin....
Wahai Tuhan pemilik jiwa-jiwa ini.
Kurniakanlah kepada kami rasa syukur terhadap setiap nikmat-nikmatMu.
Dan kami bermohon kepadaMu agar kami tidak lalai kepadaMu dengan segala yang telah Engkau berikan kepada kami.
Ampunkanlah kesalahan kami....
sesungguhnya kami ini kerdil,lemah lagi tidak punya daya....

Tuesday, November 9, 2010

Bermula cerita si tukang karut....

Bismillahirrohmanirrohim..
assamualaikum w.t.b...

Terhasil akhirnya blog ini.Dengan penuh syukur.Isinya pasti pelbagai.Apa juadahnya tak pasti lagi.hihih..Terima kasih kepada rakan2 n Dulur2 yang membantu.Dalam serumpun sudah pasti ade kepelbagaian.Sangat cantikkan Allah tetapkan.

Manusia tidak mampu untuk mengetahui semua perkara.Tetapi amat manis jika semua yang kita tahu dapat dikongsikan,tak gitu?heheheh..."eh mane boleh...rahsie la"Mesti la ade yang perlu dirahsiakan..betul tak.Walaubagaimana pun,perkongsia perlu dilakukan dengan terpimpin,berhemah,penuh adab dan amanah.

insyaallah di ruangan yang lain den "mengarut" lagi....(n_n)
sekadar nak test key bord..hehhehe...