Thursday, November 18, 2010

Durhakanya AKU

Meniti hidup penuh warna warni.Dosa pahala beriring,halal haram tersaji.sudah pasti ada yang terkesan,terpalit mungkin terjerumus.Jika yang baik alhamdulillah,kalau sebaliknya.Na'uzubillah.
Emmm...Dalam langkah seharian sudah pasti kita alpa dengan Durhaka yang tersirat."Uihh...sedap mulut kamo je cakap macam 2."hehhee. den memang suke cakap lepas.Kalau benar terima,kalau batil sanggah.Tak semestinye den selalu betul.hihiihi..Aku juga manuisa..bukan malaikat...kan3x..

Dimana silapnya.......

"sop,25hb dah ne..heheheh....gaji da masuk.Jom la kite pegi jalan-jalan.Rehat sikit..asik fokus kerje je.Kerje sampai nak mati pun takkan sudah.."
    Dollah masih berkerut dahi.Walau slip gajinya mencecah 2K."yela ko boleh la,bujang lagi.Aku ne dah berkeluarga,ade anak,ada isteri,kene bayar kereta,rumah,bil-bil,mane cukup  aku nak pegi jalan."keluh dollah panjang.
Sop bermonolag."Eh macam mane la kalau aku dah berkeluarge nanti".
     Dollah menyambung. "Bukan senang sob banyak yang nak difikirkan.
Sop cuba menjernihkan"emm.Bujang pun susah jugak.Semua nak kene buat sendiri,balik rumah sunyi,makan sendirian je.Bosan dollah oii..Kau untung la makan ade yang jaga,meriah rumah ade anak-anak.sekurang-kurangnye hilang letih tekanan ko kerje."
"Pandai pun ko.Nikah la cepat,nanti ko rase la."Dollah senyum sinis.

Walaupun dialog itu sekadar rekaan.Bagi den ia dapat menggambarkan realiti yang berlaku,cuma mungkin situasinya berbeza.Pelajar dengan kehidupan kampusnya,menteri dengan urus tadbirnya, petani dengan kehidupan luar bandar.Macam yang mempengaruhi.

Dalam senang tanpa kita sedar,kita masih lagi mengganggap kesenangan atau nikamat itu sebagai kesusahan,beban,merimaskan,tekanan.Betul tak?!Dalam bahasa fekahnya KUFUR!.jeng3...
Banyak mengeluh dari syukurnya,banyak komplen dari redhonya.

1.Ada pendapatan tetap,tepati masih lagi rasa tak cukup.(sampai mati pun tak cukup beb.)
2.Ada anak rasa terbeban dek nakalnya.(setaun ke setaun tambah.heheh)
3.Ada rumah,kereta,sofa tertekan nak membayarnya.(Xnak kalah dengan jiran.kuang3)

Jom la kita nilai balik.Banyakkan.....?yang kita dustakan.hmmm....Den pun sama..Kita serupa.Mau tak mau mesti ada situasi atau rasa itu terdetik.

    Hidup penuh nikmat...Bangun pagi ada air...Sarapan yang enak...Baju yang sedia dipakai..Bergerak tidak perlu berjalan kaki atau berkerusi roda.Walau sengkek dihujung bulan,ada gak duit tak menjadi masalah...Semua serba ada.makan ada,minun tak susah.semua seba-serbi adakan?Akan tetapi ada sesuatu yang tidak cukup.penyakit hilang "rasa mencukupi".Penyakit yang dihadapi oleh majoriti manusia.walau bengkak didahi,(xda kaitan dengan sapa2.hihih)
 
Nasihat orang lama:-

1. Pemberi dan yang diberi.

Kita mungkin pernah mendengar kata-kata ini "lihatlah siapa yang memberi.Bukan apa yang diberi.Nescaya kamu lebih bijak berterima kasih"(uiihhh..ciplak ayat orang kew?ahhahah)
Kalau kita "melihat" Yang Maha Memberi,sudah pasti kita merasakan bahawa ia adalah satu hadiah atau anugerah yang sangat bernilai atau tidak ternilai.Betul tak?
          Ok..kita bawakan teori ini ke dimensi makhluk.Seorang mendapat sesuatu hadiah dari orang lain.Jika dia melihat hadiah tersebut sudah pasti ia akan meletakkan hadiah tersebut dengan suatu nilai.Pasti hadiah tadi menjadi tidak bernilai,ini kerana ia telah di ikat dengan nilai; harganya,saiznya, cantiknya dll."hek elle bungkus bagai nak rak.coklat jek,waduh jam pasar malam je ne.ak pun buleh nak beli."(ha penah x tercetus dialog mcm ne dalam kepala otak kite?hehheheh).Tetapi jika dia meletakkan nilai hadiah tersebut pada si pemberi,hadiah tersebut akan menjadi tidak ternilai.Hatta hadiah tu pemadam pensil berbungkus kotak kasut DR.Cardin. hahhaha..."ish..Fatimah bagi hadiah kat aku.Syok aku woii."Bukak2 pemadam!!.haa mau tak spoil rase gumbira tadi.Agak2 macam mana?hihiih...
        Nah jangan meletakkan nilai kepada sesuatu yang tak ternilai.Begitu juga dalam hubungan kita kepada Allah.Allah bagi kita secukupnya.sesuai dengan apa yang kita mampu.Selayaknya dengan apa yang kita usahakan.betul?kan3..hehehhe..
     

2. Terima apa seadanya.

Kalau den banyak persoalan terbuku didada.Den suke mencari orang yang mampu memberikan "jawapan".Salah seorangnye Tok Usup Janggut (TUJ).Gelaran orang kampung la tu...Tak komersil sikitkan?.haha...Tapi bile die sebut macam ade tersirat jek ketokohan disebalik name tu.50an oarangnye.Den suke dengao die sembang.tegur pedas beralas.Nasihat kias bersaji.hahhah.Orang lama.Tak macam den.Orang mude (konon-konon hensem.)Sudah-sudah.Kembali pada topik.ngeh3..

Antara yang den suke sangat ayat-ayat cinta TUJ ialah "yang belum kamu tau jangan difikirkan."
"Biar berfikir,Jangan difikir"(yang ne den blm jmpe yg tersirat)."ape yang ko pikir sampai susah-susah hati jadinye."tak pe den ingat pelan-pelan nasihat Orang Lama ne.Aagak susah den nak ingat sebab die Ngomong jowo la...heheheh...

BERSAMBUNG............

 okey den sambung pengaruten den..hihihih....
Antara intipati pesanan ayat-cinta TUJ itu den simpulkan la...Sekiranya kita mempunyai sesuatu yang telah dimiliki,jangan fikirkan perkara yang belum kita miliki..senang citer la..kalau gaji enta-enta semua 2K jangan berfikir seperti gaji anda 3K.Berfikirlah seperti orang yang berpendapatan 2K saja.Secara tidak langsung kita tidak terbeban untuk memiliki sesuatu yang diluar pendapatan,akan tetapi dapat memaksimumkan jumlah 2K tersebut dengan sebaik mungin.
So rasa mencukupi itu akan timbul dan dapat mengikis kekufuran yang semakin bertitik dihati.....
Sama la dengan masalah-masalah lain.Ada kalanya kita terlaku memerah otak yang diketahui memerlukan sejumlah tenaga yang banyak.Walhal apa yang difikirkan itu diluar kemampuan kita untuk dilakukan,dimiliki dsb...


Bismillahirrohmanirrohim.....
Ya ILAHI,Ya HAYYU,Ya Qayyum,Ya Rabbal alamin....
Wahai Tuhan pemilik jiwa-jiwa ini.
Kurniakanlah kepada kami rasa syukur terhadap setiap nikmat-nikmatMu.
Dan kami bermohon kepadaMu agar kami tidak lalai kepadaMu dengan segala yang telah Engkau berikan kepada kami.
Ampunkanlah kesalahan kami....
sesungguhnya kami ini kerdil,lemah lagi tidak punya daya....

No comments:

Post a Comment