Thursday, November 18, 2010

Aidil adha:Menikmati nilai PENGORBANAN

Selamat menyambut hari raya korban....

        Bersempena hari raya ne den mengucapkan selamat meraikan hari raya kepada ahli keluarga den,dulur-dulur den,kawan-kawan dan yang dihormati warga seperguruan den.Moga kita sama dapat memanfaatkan iktibar dari ibadah korban yang diadakan.Sebelum den memulakan kisah si tukang karut.Elok kiranya kita sama-sama membenamkan rasa syukur di dasar hati kita kepada Tuan empunya Alam.Tanpa Dia tiadalah kita.

      PENGORBANAN;suatu istilah pendek yang besar nilai dan maknanya.Mungkin ada lebih tahu untuk mentafsirkan istilah ini.Pengalaman hidup,kisah yang di lalui,pandangan dari pemerhatian serta perkongsian kisah manusia dalam kehidupan menjadi "jalan cerita" mengajar kita tentang pengorbanan.Berkorban,terkorban dan mengorbankan.Dimana kita letakkan diri kita.Menjadi orang yang berkorban,terkorban atau mengorbankan orang lain.aha penin suda..hehehehhe...

       Hari raya aidil adha tidak boleh dipisahkan dengan cerita berkaitan sirah Nabi Adam A.S, Nabi Ismail A.S dan Siti Hajar ibu yang mulia.Sejauh mana kisah ini menjadi slot iktibar kepada kita dalam kita meniti atau mengenal nilai pengorbanan dalam kehidupan.Antara kasih sayang manusia dan kecintaan serta ketaatan Kepada Allah yang mencipta.Kepada yang meneliti kisah ini mengkin ada yang dapat mencerna keindahan Nabi adam dalam mentaati Allah tanpa mengorbankan(menafikan) kasih sayangnya kepada keluarga.
       Bagaimana Nabi ismail mentaati perintah Allah tanpa merosakkan kasih sayangnya kepada ayahanda dan bondanya.Bagaimana Siti Hajar mentaati Allah dalam tanpa hilang rasa kasih sayang kepada Anak dan suaminya.Kuncinya adalah IMAN dan TAQWA.TAAT tanpa syarat dan dalih. Nabi Adam tanpa ragu melaksanakan perintah Allah melakukannya penuh kasih sayang kerana beliau Yakin tanpa ragu akan Kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya.Ismail dengan penuh rela dan sedar ketaatan ayahandanya melaksanakan perintah Allah merupakan tanda cinta dan kasih pada dirinya jua.Manakan tidak dirinya menjadi "medium" untuk Ayahnya yang tercinta melaksanakan perintah Allah.Siti Hajar penuh tabah tanpa tercalar sedikit pun nilai kasih sayang,rela redha dan sangat bangga dengan pengorban si ayah dan anaknya.      
         Mungkin den tidak pandai mencoretkan kisah indah ini untuk tatapan pembaca.Dan para pembaca juga lebih bijak mencerna segala nilai dari kisah ini.Namun apa yang dapat saya kongsikan ialah makna pengorbanan dari kaca mata saya.Pengorbanan tanpa merasakan kerugian,kekurangan dan kehilangan dengan penuh rela,redha serta bahagia.Inilah yang dimiliki oleh insan yang hatinya terlimpah dengan ketaatan,kecintaan dan taqwa kepada Yang Mencipta.Mari sama-sama kita melihat ke dasar diri dimana level pengorbanan kita sebagai seorang insan dan hamba yang akan kembali kepada Tuhan yang mencipta.....

bersambung lagii...






No comments:

Post a Comment